sungguh ke sayang?
apa tu sayang yang sebenarnya? pernah berjanji takkan ada air mata untuk seorang lelaki..tp kenapa setiap hari terasa semakin berkecil hati..semakin membungkam resah, semakin terhiris dan pedih..walau bahagia, namun tetap ada derita. walau ceria, namun ada sepinya, meskipun ada tawa..namun jauh di sudut hati ada tangisnya...walau bibir mengucap syukur, namun tetap terdetik tanda tanya..kenapa dan mengapa aku?
Manusia tetap tidak akan sempurna..sampai bila2 pun... setiap yang ada adalah pinjaman..dan kesakitan serta kegembiraan juga adalah pinjaman..kalau kita mengakui kelemahan diri, mengapa kita pertikai bila kita disakiti..bukankah itu adalah ketentuanNya..
namun sebagai insan yang sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik..mengapa hati aku selalu disakiti..
sejak berpuluh tahun yang lalu, kesakitan ini tak pernah menjauh.. meski ada sesekali diulit bahagia dan gembira, mengapa sepi selalu ada. mengapa sepi selalu bertandang..mengapa kecewa membelah jiwa...mengapa sakitnya hanya aku yang rasa...
hari2 yang berlalu terlalu indah untuk aku miliki...alangkah beratnya tanggungjawab yang aku pikul..bila terpaksa membahagiakan orang lain...selalu kupanjatkan doa agar usiaku panjang..untuk melihat anak2ku berjaya..dan aku juga teramat takut, takut untuk memejamkan mata selamanya..kerana takut amal ku belum cukup. Tuhanku, ampunkan dosa2ku dan kuatkan imanku..jauhkan aku dari selalu bersungut dan keluh kesah..kerana aku tahu aku tidak mampu untuk mendengus walau senafas. semangatku hanya untuk anak2 ku..kasihan melihat mata dan harapannya yang perlukan belaian manja, tp buat si dia, kenapa telinga aku sering menangkap ungkapan kata yang selalu menghiris jiwa, meruntun hati dan perasaan.. selalu menanam rasa benci dalam diri. tidak boleh kah jika dalam sehari tidak ada kata2 yang menghiris hati? sayang itu amat menyakitkan... kerana sayang..manusia rela disakiti...tapi haruskah aku memanjat doa..agar dipejalkan hati sekali lagi untuk menyayangi dan disayangi... kerana pernah aku menyimpan rasa benci..maka sebab itulah aku sukar menyelami hati..kerana aku tidak mahu untuk menyelami... dulu pernah aku membenci dan kini, perasaan itu kian bercambah kembali...Tuhanku, pimpinlah aku menjadi seorang hambaMu yang kau sayangi dan kasihi..amin Ya Rabbal a'lamin..Subhanallah.
0 comments:
Post a Comment