Wednesday, December 8, 2010

cinta, kasih, sayang, luka, duka, keterpaksaan, kekecewaan, kesayuan, kesepian...


Hidup merupakan sebuah perjalanan yang tidak pernah mempunyai istilah pelabuhan. Tiada destinasi tetap yang perlu ditujui. berarak menempuh badai dan gelombang. Terapung dan sesekali mungkin karam...

Mendepaninya adalah sesuatu yang menyakitkan atau menyeksakan..dua istilah yang hampir sama maksudnya iaitu sesuatu yang memerlukan kesabaran dan keyakinan yang sesekali sudah pasti akan meruntun dan merawan hati.

***permulaan adalah sesuatu yang amat meyakitkan..penentu antara kegagalan dan kejayaan..Dalam hidup yang penuh dengan ujian ini, aku tidak pernah terkecuali dari merasai sebuah kesakitan, kepayahan dan kesukaran yang teramat. hidup dalam angan2 dan sesekali bayangan angan2 itu seolah-olah bukan lagi milikku. Tidak layak untuk memiliki walau hanya sekadar berfantasi. betapa sadisnya. tidak layak langsung untuk merasai apatah lagi memilikinya.

Terasa kesayuan dan kesepian...temanku, hanya pada sebuah buku yang kucakirkan rasa hati. tahun demi tahun..kami berteman. tahun demi tahun, air mata ini menghiasi helaian putih sehelai demi sehelai..dan di balik almari itu aku tempatkan teman setia itu...sehingga kedewasaan aku temui...

Kekuatan semangat yang bersisa aku cantum. biar kukuh, padu, kuat dan tiada goyah lagi. Apapun dugaan selepas ini..aku pasti takkan ada satu pun yang mampu melenyapkan kemahuan dan impian yang aku semai..Sudah pasti satu persatu adalah milikku.

tidak mahu aku becerita panjang akan sesuatu yang telah lama aku buang jauh2 dari ingatan, meski ada bekas dan parut yang berpanjangan, namun telah kuyakinkan sekeping hati..tidak mungkin dan sudah pasti tidak akan aku ingati sesuatu yang menyakitkan dan hanya akan merencatkan kekuatan dan semangat yang telah tercipta.

Kini aku bangun sebagai individu baru yang tegar. Episod hidup yang berbeza dari siri kedukaan lama. Sebagai manusia yang tidak mahu menerima kekalahan. Aku dan hanya aku yang mampu. semua yang akan mengelilingiku adalah semua yang mampu memberi kekuatan. Tidak sesekali aku berpaling. namun, langkah tetap ku atur rapi tidak mahu tersungkur.

Dan individu yang baru ini adalah seseorang yang tidak pernah menoleh ke belakang..Tidak mahu dihambat duka. Didepannya hanya ada semangat dan kekuatan yang selalu melambai. kejayaan yang memanggil.

Kejayaan itu telah menjadikan dia kental, ucapan yang dilontar selalu keras dan menghiris hati2 yang lembut. Jelingan mengejek pada individu lain yang selalu mengakui kekurangan diri, menjadikan alasan mengapa terlalu sukar menggapai impian. Perasaan sympathy yang langsung tiada. aku tidak pernah memandang sekeliling yang akan menjatuhkan dan melemahkan. dan aku tidak akan sesekali membiarkan ada orang lain yang mampu meyakitkan hati aku.

Tidak mahu aku diganggu dengan sesuatu yang ku kira terlalu bodoh dalam melalui hidup.

Aku adalah aku yang akan selalu menjadi aku dan takkan kufikirkan apa2 yang mampu menggagu aku. namun aku tidak suka menyakiti sesiapa yang tidak pernah menyakitiku..

laluilah hidup sementara ini dengan gembira. dan jadilah apa yang kita inginkan selagi hidup berpandukan Quran dan Sunnah. Jangan melupakan Dia yang kekal. kepada anak didikku sekalian, jadilah manusia yang kuat dan kental. jangan sesekali mengalah dan menjadikan sejarah siapa kita dan siapa keluarga kita sebagai alasan mengapa kita kalah dan tidak mampu. sesungguhnya manusia yang paling hina adalah manusia yang mencipta kehinaan untuk dirinya. Amin. sesungguhnya Allah S.W.T lebih mengetahui..subhanallah!!

0 comments: